Sunday 4 September 2016

10 Kebaikan Jika Minum Teh Moringa Setiap Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..






1. Mencegah kanser.
Manfaat anti kanser pada ekstrak moringa telah ditunjukkan dalam kajian kultur jaringan sel kanser serviks manusia yang diterbitkan pada Jun 2011 didalam jurnal "Food and Chemical Technologi". Ekstrak moringa mencegah pertumbuhan dan penghasilan semula sel-sel kanser. Pengkaji menyifatkan moringa adalah pencegah kanser semulajadi.
2. Membekal sumber zat makanan.
Kehebatan moringa diiktiraf oleh W.H.O apabila badan dunia itu mengambil moringa sebagai bahan pemakanan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah “malnutrition” atau kurang zat pemakanan di beberapa buah negara di Afrika. Ini kerana moringa memiliki lebih 90 jenis nutrien seperti vitamin, protin, asid amino, zat galian besi, calcium dan potasium.
3. Merawat dan Melindungi mata.
Moringa digelar sebagai ratu vitamin A. Kajian telah menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang. Yayasan Mata Antarabangsa yang terletakan di Bethesda, Md., menggunakan moringa untuk mencegah buta dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A. Moringa juga mampu mencegah seseorang dari rabun malam.
4. Mencegah esteoporasi.
Tahukah anda? Susu menyediakan banyak kalsium untuk tulang tetapi kalsium pada daun moringa adalah 4x lebih banyak dari kalsium susu. Kalsium membina tulang dan gigi yang kuat dan membantu mencegah osteoporosis iaitu tulang reput. Daun moringa juga dapat membantu membangun kembali tulang-tulang yang lemah, mengatasi kekurangan darah dan membantu para ibu yang kekurangan gizi untuk memenuhi gizi bagi bayinya.
5. Anti Penuaan.
Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin. Dalam kajian klinikal terkini, Cytokini juga dapat mengeluarkan unsur anti-keuzuran dalam badan manusia. Kitar hidup sel kulit manusia adalah 300 hari. Setiap minit, 40,000 sel kulit akan mati dan diganti oleh sel baru.
Kesan Cytokinin mengaktifkan tumbuhan sel baru yang lebih cepat berbanding dengan sel lama. Ini dapat mengurangkan kesan kedut pada muka dan menggiatkan pembawaan oksigen ke setiap sel badan.
6. Menghancurkan batu karang.
Moringa mengandung zat kimia seperti alkalid moringin, zat moringinan dan zat pterigospermin. Banyak pengkaji menunjukan bahwa Moringa berkesan untuk menghancurkan batu yang mengendap dalam ginjal. Moringa dapat meningkatkan isipadu urine, menyembuhkan penyakit pada saluran pencernaan dan dapat menghilangkan batu dikantung ginjal. Cara menggunakan daun Moringa untuk menyembuhkan penyakit ginjal sangat mudah, cuma perlu amalkan teh Moringa setiap hari selama satu bulan, dan batu ginjal yang hancur akan turut keluar ketika membuang air kecil.
7. Merawat dan mengawal diabetis.
Menurut para ahli yang melakukan kajian di Universiti of Woconsin Lacrose menyatakan daun moringa mempunyai kandungan zinc yang sangat diperlukan untuk menghasilkan insulin. Dengan mengamalkan moringa sehari sekali selama sebulan,ternyata kadar gula dalam darah akan menurun secara mendadak.
8. Menurunkan kadar kolesterol.
Daun moringa juga terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yang tinggi kerana ekstrak yang terdapat pada moringa menyamai dengan ubat atenolol. Pengkaji berjaya membuktikan kadar lemak yang terdapat pada tikus dapat diturunkan dengan atenolol jadi itu bererti ekstrak moringa sangat mudah untuk menurunkan kadar kolesterol pada badan manusia yang disebabkan oleh pola makan dan gaya hidup yang tidak sihat..
9. Agen antioksida
Daun moringa sangat kaya dengan antioksidan dan menjadi raja segala sumber antioksidan,lebih hebat dari acai beri dan teh hijau. Peranan antioksidan dalam tubuh manusia ialah sebagai pertahanan dan pencegahan dari penyakit barah dan penyakit yang merosakkan sel-sel badan.
10. Meningkatkan kecergasan fizikan dan mental.
Daun dan buahnya mempunyai protein,segala macam vitamin,zat galian,amino acid dan antioksidan yang mengatasi sumber makanan yang lain. Pengambilan moringa setiap hari akan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal disamping dapat mengatasi masalah kemurungan dan stress.

Manfaat Teh moringa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Khasiat Teh Moringa ( daun kelor)
🌿 Menurunkan kolesterol
🌿 Menurunkan kadar gula dalam darah
🌿 Menurunkan tekanan darah tinggi
🌿 Membantu mencegah kanser
🌿 Menyediakan nutrisi untuk mata dan otak
🌿 Meningkatkan metabolisme tubuh
🌿Mendorong pembaikan struktur sel dalam tubuh
🌿 Meningkatkan serum kolesterol baik
🌿 Menghilangkan dan mencegah garis-garis halus di permukaan wajah
🌿 Menurunkan kadar kolesterol jahat
🌿 Meningkatkan dan menormalkan fungsi hati dan ginjal
🌿 Mencantikkan kulit
🌿 Meningkatkan tenaga tanpa gula
🌿 Melawaskan pencernaan
🌿 Bertindak sebagai antioksidan
🌿 Meningkatkan sistem kekebalan tubuh
🌿 Melancarkan sistem peredaran darah
🌿 Anti-inflamasi semulajadi
🌿 Menstabilkan kadar gula normal dalam tubuh
🌿 Menimbulkan perasaan sehat, tenang dan bebas stress.
Ini adalah antara sebahagian kebaikan dan khasiat Teh Moringa jika diminum setiap hari.
.
Sedia umum, Moringa Oleifera telah dikategorikan sebagai 'superfood' dan sempena Hari Bumi pada tahun 2008,pokok moringa telah dinobatkan sebagai 'Plant of the Year'.
.
Kehebatan moringa diiktiraf oleh W.H.O apabila badan dunia itu mengambil moringa sebagai bahan pemakanan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masaalah “malnutrition” atau kurang zat pemakanan di beberapa buah negara di Afrika.
Perbandingan Moringa per gram adalah seperti berikut :
🍁7kali lebih Vitamin C berbanding oren
🍁4kali lebih Vitamin A berbanding karot
🍁4kali lebih kalsium dan 2kali lebih protein berbanding susu
🍁3kali lebih potassium berbanding pisang
🍁3kali lebih vitamin E berbanding bayam
🍁3kali lebih Iron berbanding badam.
Tingkatkan kesihatan yang berpanjangan anda dan keluarga dengan menikmati Teh Herba Moringa keluaran Nadiey Adlina Herbs setiap hari..



POKOK KELOR ADALAH POKOK AJAIB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Pernah dengar Pokok Moringa? atau mungkin Pokok Mungai dan daun kelor??
Pokok Moringa Oleifera adalah nama saintfik bagi pokok daun kelor. Pokok Ajaib penuh dengan 1001 khasiat.
.
Apa tu pokok Moringa?? 
Adakah Tuan, Puan pernah mendengar atau pernah tahu tentang pokok munggai atau daun kelor? Ya, yang sebenarnya Itulah pokok moringa. Pokok yang sama dan khasiat yang sama cuma nama sahaja yang berbeza mengikut sesetengah tempat terutama di Utara Malaysia....
.
Pokok Moringa bukan pokok sebarangan. Daun, bunga,buah moringa malah akar nya juga adalah sumber makanan lengkap yang tersangat hebat dan menakjubkan. Moringa di kategorikan sebagai 'super food'.
.
National Institute of Health (NIH) pada 21 Mac 2008 mengatakan bahawa Pokok Moringa telah digunakan sebagai ubat oleh pelbagai kelompok etnik asli untuk mencegah atau mengubati lebih dari 300 jenis penyakit.
.
Berbeza dengan budaya penduduk di Malaysia, daun Munggai lebih popular dalam dunia masakan kerana keenakan rasa daun munggai itu sendiri. Sebagai contoh,kebanyakkan penduduk Terengganu menggunakan daun munggai sebagai bahan tambahan untuk membuat telur dadar.
.
Manakala di Utara Malaysia terutama Pulau Pinang dan Kedah,mereka menggunakan daun munggai dalam masakan gulai ketam atau gulai masak lemak. Penduduk disana juga mengambil inisiatif dari khasiat pohon munggai dengan menghasilkan kapsul dan produk kesihatan.
.
Nadiey Adlina Herbs juga tidak melepaskan peluang untuk menghasilkan teh herba dari bahan sumber asli pohon moringa. Teh herba yang semakin popular dan mendapat sambutan hebat dikalangan ibu mengandung kerana teh herba moringa ini mampu memberi nutrisi dan kesihatan kepada janin didalam kandungan
.
Apa lagi khasiat dan manfaat pohon moringga? Nantikan artikel yang seterusnya dari Nadiey Adlina Herbs.



The Herba Moringa dari NAdiey Adlina Herbs

Ini adalah rupa daun kelor.