Sunday, 4 September 2016

10 Kebaikan Jika Minum Teh Moringa Setiap Hari

Assalamualaikum dan salam sejahtera..






1. Mencegah kanser.
Manfaat anti kanser pada ekstrak moringa telah ditunjukkan dalam kajian kultur jaringan sel kanser serviks manusia yang diterbitkan pada Jun 2011 didalam jurnal "Food and Chemical Technologi". Ekstrak moringa mencegah pertumbuhan dan penghasilan semula sel-sel kanser. Pengkaji menyifatkan moringa adalah pencegah kanser semulajadi.
2. Membekal sumber zat makanan.
Kehebatan moringa diiktiraf oleh W.H.O apabila badan dunia itu mengambil moringa sebagai bahan pemakanan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi masalah “malnutrition” atau kurang zat pemakanan di beberapa buah negara di Afrika. Ini kerana moringa memiliki lebih 90 jenis nutrien seperti vitamin, protin, asid amino, zat galian besi, calcium dan potasium.
3. Merawat dan Melindungi mata.
Moringa digelar sebagai ratu vitamin A. Kajian telah menunjukkan segelas daun Moringa dapat membekal keperluan harian Vitamin A untuk 10 orang. Yayasan Mata Antarabangsa yang terletakan di Bethesda, Md., menggunakan moringa untuk mencegah buta dalam kalangan kanak-kanak yang dikaitkan dengan kekurangan Vitamin A. Moringa juga mampu mencegah seseorang dari rabun malam.
4. Mencegah esteoporasi.
Tahukah anda? Susu menyediakan banyak kalsium untuk tulang tetapi kalsium pada daun moringa adalah 4x lebih banyak dari kalsium susu. Kalsium membina tulang dan gigi yang kuat dan membantu mencegah osteoporosis iaitu tulang reput. Daun moringa juga dapat membantu membangun kembali tulang-tulang yang lemah, mengatasi kekurangan darah dan membantu para ibu yang kekurangan gizi untuk memenuhi gizi bagi bayinya.
5. Anti Penuaan.
Kajian terkini telah mendapati Moringa juga mengandungi Cytokinin. Dalam kajian klinikal terkini, Cytokini juga dapat mengeluarkan unsur anti-keuzuran dalam badan manusia. Kitar hidup sel kulit manusia adalah 300 hari. Setiap minit, 40,000 sel kulit akan mati dan diganti oleh sel baru.
Kesan Cytokinin mengaktifkan tumbuhan sel baru yang lebih cepat berbanding dengan sel lama. Ini dapat mengurangkan kesan kedut pada muka dan menggiatkan pembawaan oksigen ke setiap sel badan.
6. Menghancurkan batu karang.
Moringa mengandung zat kimia seperti alkalid moringin, zat moringinan dan zat pterigospermin. Banyak pengkaji menunjukan bahwa Moringa berkesan untuk menghancurkan batu yang mengendap dalam ginjal. Moringa dapat meningkatkan isipadu urine, menyembuhkan penyakit pada saluran pencernaan dan dapat menghilangkan batu dikantung ginjal. Cara menggunakan daun Moringa untuk menyembuhkan penyakit ginjal sangat mudah, cuma perlu amalkan teh Moringa setiap hari selama satu bulan, dan batu ginjal yang hancur akan turut keluar ketika membuang air kecil.
7. Merawat dan mengawal diabetis.
Menurut para ahli yang melakukan kajian di Universiti of Woconsin Lacrose menyatakan daun moringa mempunyai kandungan zinc yang sangat diperlukan untuk menghasilkan insulin. Dengan mengamalkan moringa sehari sekali selama sebulan,ternyata kadar gula dalam darah akan menurun secara mendadak.
8. Menurunkan kadar kolesterol.
Daun moringa juga terbukti dapat menurunkan kadar kolesterol yang tinggi kerana ekstrak yang terdapat pada moringa menyamai dengan ubat atenolol. Pengkaji berjaya membuktikan kadar lemak yang terdapat pada tikus dapat diturunkan dengan atenolol jadi itu bererti ekstrak moringa sangat mudah untuk menurunkan kadar kolesterol pada badan manusia yang disebabkan oleh pola makan dan gaya hidup yang tidak sihat..
9. Agen antioksida
Daun moringa sangat kaya dengan antioksidan dan menjadi raja segala sumber antioksidan,lebih hebat dari acai beri dan teh hijau. Peranan antioksidan dalam tubuh manusia ialah sebagai pertahanan dan pencegahan dari penyakit barah dan penyakit yang merosakkan sel-sel badan.
10. Meningkatkan kecergasan fizikan dan mental.
Daun dan buahnya mempunyai protein,segala macam vitamin,zat galian,amino acid dan antioksidan yang mengatasi sumber makanan yang lain. Pengambilan moringa setiap hari akan meningkatkan tahap kesihatan dan kecergasan fizikal disamping dapat mengatasi masalah kemurungan dan stress.

No comments:

Post a Comment